Currently : H i a t u s | +Follow | Dashboard
ZarithSofea;

Here's a bit of my experiences.
Zarith Sofea, 17, Malaysia


105
Saturday, April 7 // 0 narnian
Assalamualaikum, Bismillahirahmannirahim.



Syukur kehadrat Illahi, aku masih bernafas lagi. Syukur sangat-sangat selamat semasa pembedahan appendix. Semalam baru sampai ke Segamat. Sakitnya mula terasa pagi Rabu semasa perhimpunan koko. Macam biasa, perut aku memang "power" bab-bab menahan lapar waktu pagi. Tapi pagi tu memang tk tahan. lutut menggigil terus terduduk, pengawas Kak Liyana papah aku ke kantin. Secawan teh o aku minum, kononnya dapat legakan kesakitan. Cikgu Sabrin datang dan ckp " Saya izinkan awak balik, awak tak boleh mcm ni, dah serious dah" aku ingat lagi. Aku balik ke kelas bersama guru bertugas, waktu kelas masa tu PA/LK. Tak kan nak ganggu member waktu PA kan ? Kebetulan budak hamka lalu, Haleezah tlg papah. Ariff Musa tlg angkatkan beg aku yg seberat 1 tan. Sampai ke lobi, pengawas kelas 5Neon angkatkan beg ke kereta. Aku ingatkan makan beehun dah okay. aku terlelap sekejap. tak lama, aku bangun menahan sakit. Kebetulan Daddy ada dkt atas. Hari tu dia ambik MC jaga aku. Tak boleh bangun apatahlagi berjalan. Daddy papah ke kereta. Cll Mummy. Terus ke office Mummy seterusnya ke Klinik Zohar. Waktu tu aku tak fikir apa-apa. Choral Speaking aku tolak tepi, kenangkan kalau aku tkde siapa nak jadi ?.  Scha  harapan aku. 

Doctor tekan-tekan perut sebelah kanan, aku meraung. Suspect appendix. Mummy mintak doctor buat surat ke specialist pantai melaka. Balik rumah, mummy daddy siapkan baju aku. Sebelum tu doctor ada bagi jabbed for long lasting one hour sementara nak pergi melaka. Gerak ke Melaka, terus emitted. Buat ultra sound, memang sah APPENDIX. Bila dengar doctor Leong CK cakap dengan mummy daddy yang malam tu jugak kena operate, aku takut. kecut perut. muka dah pucat bertambah lagi pucat. Seperti yang aku jangkakan, tahun ni memang banyak dugaan Dia turunkan pada aku. aku ni pelik, taklah jugak. Ada impian nak masuk hospital. sengal kan ? entahlah. Niat dan impian tu musnah bila dah sakit mcm ni. Aku hanya mampu berdoa. Petang tu, aku duduk rehat dengan mummy daddy. tenangkan fikiran yang bercelaru. Nurse datang untuk maklumkan pukul 9mlm operation bermula. Aku takut. Sebelum tu, aku sempat maklumkan kpd kawan-2 yang lain termasuk AJ. Kami berbual tak henti-2. Dia temankan, katanya takut kehilangan aku. Love you, AJ . Waktu hampir pukul 8, satu jam lagi. 20 min kemudian nurse iring aku ke OT. Mummy temankan. Aku menangis sambil diusung. Pilu. Kenangkan hidup aku. Banyakk lagi yang perlu aku betulkan.

Mummy sempat cerita kisah sewaktu aku dilahirkan. Hati aku bertambah pilu. Aku cuma mampu berdoa. Kucupan Mummy amat berharga. Air mata tak henti-henti mengalir. Mummy ada pesan, ucapkan kalimah syahadah dan jika sedar ucapkan Alhamdulillah. Aku sedut gas dan tertidur. Aku terbangun seakan bangun tidur. mata kabur, kesan bius. Alhamdulillah :') Terharu. Seakan benar benar tahu Allah masih sygkan aku. Aku dibawa ke wad. seterusnya aku asyik bangun malam. Muntah, sekali lagi kesan bius. Sekarang, aku dah balik. Seminggu MC. Terima kasih diatas berkat doa mummy daddy family dan rakan-rakan. Disini, aku ingin berkonsi pengalaman. Kepada sesiapa yang suka makan makanan pedas seperti aku, harap dikurangkan. Jika tidak APPENDIX PAIN datang kejar kau ! Dan bersyukur lah dengan setiap nikmat yang Dia bagi. Ingat, tanpa Dia, siapalah kita :)
 zs